Sunday, February 24, 2008

Nama saya Dawood, M. Dawood Kilau

Hai cik adik manis, apa khabar adik-adik manis di luar sana?. Abang harap adik-adik manis di luar sana sehatlah hendaknya. Sebelum abang berceloteh dengan lebih panjang, mari abang kenalkan diri abang. Nama abang ialah M. Dawood Kilau, berasal dari Bagan Datoh, Perak. Ops! cik adik manis di luar sana tu jangan tersalah sangka, Abang Dawood bukanlah M.Daud Kilau seperti yang cik adik manis sangkakan tu. Walaupon Abang Dawood berasal dari Bagan Datoh dan nama Abang Dawood dan M.Daud Kilau dekat-dekat nak sama, tapi Abang Dawood bukan M.Daud Kilau.

Taraf Abang Dawood boleh dikatakan sama dengan M.Daud Kilau, tapi jika diukur dengan penilaian tahap kecekapan, Abang Dawood lebih hebat dari M.Daud Kilau, gelekkan Abang Dawood lebih hensem, lebih senyap, dan takde karben .... manyak. Gelekkan Abang Dawood pernah dinobatkan sebagai pemenang Nobel selama 25 tahun berturut-turut, tapi Abang Dawood tolak sebab Abang Dawood dapat menghidu yang orang yang memilih Abang Dawood sebagai pemenang tu ada niat yang tak baik. Dari lirikan mata dia, Abang Dawood tahu yang dia nakkan sesuatu dari Abang Dawood. Kadang-kala dia akan curi-curi pandang bila Abang Dawood cube mengikat tali kasut vans Abang Dawood. Setiap malam, Abang Dawood tertanya-tanya, ape sebenarnya yang dia nak dari Abang Dawood?

Kalau cik adik manis nak tahu, pekerjaan Abang Dawood adalah penggelek upahan yang agresif. Di waktu lapang, di kala kawan-kawan sekampung gemar menghabiskan masa terluang dengan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti mengulangkaji pelajaran dan bergotong-royong, Abang Dawood lebih gemar memenuhi kegiatan lapang dengan memenuhi permintaan kontraktor-kontraktor pembinaan jalan di sekitar Bagan Datoh, Kampung Gajah hingga ke Teluk Intan yang ingin menggerudi jalan dengan perkhidmatan gelek gerudi gaya pos Abang Dawood. Cuma berikan baju dan seluar funky berwarna fancy, sudah tentu sesuatu kerja dapat dibereskan dengan cepat. Jika cik adik manis berkesempatan ke Bagan Datoh, cik adik manis boleh melihat hasil-hasil air pinggul Abang Dawood di sini. Pasti cik adik manis akan teruja.

Ok lah cik adik manis, nanti Abang Dawood sambung, Abang Dawood penat sebenarnya. Kalau cik adik manis nak tahu, Abang Dawood baru balik dari function orang kawin di Bagan Datoh, anak sedara Abang Dawood menikah. Function tadi memang tak menang pinggul Abang Dawood dibuatnya. Ok gelek satu kali!.